Selamat Datang Ke

Yayasan Amanah

Kami membantu golongan belia remaja yang tercicir dari alam persekolahan untuk membina kemahiran

Pengenalan

Masalah keciciran pelajar semenjak awal persekolahan bukan suatu isu yang baru. Malahan kebimbangan ini telah diperkatakan dan dibincang serta dibahas sebelum negara memperolehi kemerdekaan lagi. Atas kesedaran ini, kami menubuhkan Yayasan Amanah yang akan membantu merungkai dan mencari jalan penyelesaian permasalahan yang dihadapi oleh golongan belia remaja. Permasalahan ini harus dibendung daripada awal agar tidak merebak sehingga menjadi satu isu nasional.

Pelaksanaan

Fungsi penubuhan Yayasan Amanah akan dilaksanakan melalui aktiviti seperti berikut :

Kursus jangka pendek dan latihan TVET khususnya Agromakanan
Seminar, bengkel kerjaya & latihan kemahiran teknikal dan vokasional
Konsultasi memudah cara mendapatkan peluang pendidikan
Icon SVG New

Wawasan

Wadah Pendidikan Sepanjang Hayat dalam usaha memberdaya belia remaja berkemahiran dan manusiawi ke arah Hidup Bersama dalam Budaya Damai

Icon SVG New

Visi

Menjadi sebuah Yayasan yang amanah, progresif dan peduli dalam membantu golongan belia remaja

Icon SVG New

Misi

Menyediakan keperluan dan perkhidmatan kepada belia remaja dalam membina kemahiran dan keusahawanan manusiawi

Anda Juga Boleh Membantu

Bantu kami merealisasikan impian kejayaan generasi belia negara dengan turut sama sebagai penyumbang. Setiap sen sumbangan anda semestinya amat dihargai oleh para penerima di dalam membina nilai kehidupan yang diimpikan mereka.