Yayasan Amanah
Pengenalan

Masalah keciciran pelajar semenjak awal persekolahan bukan suatu isu yang baru. Malahan kebimbangan ini telah diperkatakan dan dibincang serta dibahas sebelum negara memperolehi kemerdekaan lagi.
Kesan daripada keciciran pendidikan formal ini menyebabkan banyak gejala sosial berlaku. Di samping itu, golongan belia remaja yang tercicir bukan sahaja tidak mempunyai kelayakan akademik tetapi tidak mempunyai kemahiran yang sealiran dengan alam pekerjaan, akibatnya mempengaruhi bayaran upah yang tidak setimpal dengan keadaan kos sara hidup dan ekonomi sekarang.
Atas kesedaran ini, kami menubuhkan Yayasan Amanah yang akan membantu merungkai dan mencari jalan penyelesaian permasalahan yang dihadapi oleh golongan belia remaja.