Yayasan Amanah
Perutusan Pengerusi

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah memberi kekuatan kepada kita semua. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengasas dan Ahli-Ahli Pemegang Amanah Yayasan Amanah kerana telah memberi kesempatan dan kepercayaan kepada saya untuk menerajui Yayasan.
Yayasan Amanah ditubuhkan atas dasar kesedaran dan keinsafan untuk melihat semua insan diberi kesempatan khususnya Belia Remaja untuk sama-sama terlibat dalam arus perdana pembangunan negara. Ketidakupayaan mereka melangkah lebih jauh dalam arus perdana Pendidikan Negara harus dicaknaai sebaik mungkin agar daya fikir dan tenaga mereka dapat dibangunkan dan boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
Sebagai sebuah institusi kebajikan, Yayasan Amanah menawarkan penyelesaian sebagai wadah bagi generasi terpinggir (lost generation) membangun diri dan menikmati kebahagiaan hidup bersama.
Saya mengharapkan agar semua pihak turut serta mendokong cita-cita tersebut dalam apa juga bentuk, bagi kita bersama-sama memastikan semua pihak diberi peluang untuk membangun diri dan seterusnya menyumbang kepada kelestarian pembangunan manusiawi.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Amanah