Yayasan Amanah
Amanah Agrication Centre (AGRICATION)
Sektor pertanian merupakan asas yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Kini, negara tidak mempunyai sumber makanan yang mencukupi dan sedang berhadapan dengan rantaian keterjaminan makanan. Hal ini kerana banyak keperluan makanan negara diimport dari negara luar. Misalnya, Imbangan Perdagangan bagi bahan makanan tahun 2021 mencatatkan defisit berjumlah RM25 Bilion dengan nilai eksport RM39 Bilion dan nilai import RM64 Bilion. Tahun 2022 terus melonjak kepada RM75.54 Bilion. Negara harus mencari jalan penyelesaian yang tuntas dalam memastikan keterjaminan makanan dapat diperkukuh.
Yayasan Amanah harus turut serta dalam memastikan rantaian keterjaminan makanan sentiasa mencukupi. Yayasan Amanah yakin penglibatan belia dalam sektor agromakanan, permasalahan pengimportan keperluan makanan dapat dikurangkan.
Yayasan melalui platform AGRICATION bertekad mengangkat bidang Agromakanan sebagai Pendidikan TVET dapat menarik minat belia terlibat dalam pertanian.
AGRICATION yang terletak dalam Rancangan Tempatan Daerah Tampin 2035 sebagai Bandar Agropolis dapat memangkin kepada usaha jaminan rantaian pengeluaran makanan kepada negara secara keseluruhannya.
Objektif
- Membangunkan kemahiran TVET Agromakanan kepada belia di AGRICATION
- Turut serta dalam melaksana Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Rancangan Tempatan Daerah Tampin 2035
- Menggalakkan penyertaan belia dalam Industri Agromakanan secara komuniti.
- Menyediakan tempat untuk belia terlibat dalam aktiviti penanaman dan industri hiliran




Lokasi ini akan dinamakan sebagai AMANAH AGROPRENEUR CENTRE (AGRICATION). AGRICATION ialah gabungan dua perkataan Agriculture (Pertanian) dan Education (Pendidikan). Ia terletak di Lot 40736, Mukim Gemas, Daerah Tampin, Negeri Sembilan seluas 24.313 Ekar. Ia merupakan tanah milik Kerajaan Negeri Sembilan yang telah dipajak oleh Yayasan Amanah selama lima tahun dan boleh diperbaharui.
TVET AGROMAKANAN
AGRICATION merupakan platform khusus kepada para belia bagi mengusahakan agromakanan dan keusahawan tani dengan menawarkan latihan TVET Agromakanan kepada peserta dan masyarakat awam. Dalam mencapai matlamat utama penubuhan AGRICATION, Yayasan Amanah menetapkan empat sektor utama meliputi:
- Tanaman, Perikanan & Pemasaran
- Pendidikan TVET Agromakanan
- Industri Hiliran
- Agropelancongan
Sasaran Peserta
Yayasan Amanah menawarkan peluang kepada para belia dalam kalangan Orang Bebas Berlesen (OBB) untuk membangun sebagai Agropreneur Belia di AGRICATION dengan mengusahakan tanah seluas 24 ekar (mengikut jenis tanaman dan penternakan ikan air tawar).
Seterusnya, Yayasan Amanah memberi ruang kepada para belia bagi mengikuti Kursus Latihan Jangka Pendek di AGRICATION dari masa ke masa.
PENDEKATAN PELAKSANAAN
Setiap peserta diperuntukkan satu ekar bagi seorang dalam mengusahakan tanaman kontan yang akan ditetapkan oleh pihak Yayasan Amanah. Setiap peserta terikat dengan kontrak dan peraturan yang ditetapkan oleh Yayasan Amanah.
Peserta akan dibimbing kemahiran oleh tenaga pakar dalam pelbagai bidang Agromakanan dan Keusahawanan dari Agensi Kerajaan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Institusi Pendidikan Awam dan Swasta.
Yayasan Amanah berperanan sebagai pemudah cara dengan menyediakan tenaga-tenaga pakar dan kursus latihan dalam bidang Agromakanan dan Keusahawanan kepada para peserta.
MANFAAT PESERTA
Kursus Latihan TVET
Setiap peserta akan menjalani Kursus Latihan dalam bidang Agromakanan dan Keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dari pelbagai agensi dan institusi.
Manfaat Hasil
Setiap peserta akan menerima agihan keuntungan bersih daripada hasil tuaian atas usaha yang dilakukan mengikut sektor.
Yayasan Amanah menjangkakan boleh memberi sumbangan kepada para peserta, antaranya:
- Mendapat Kemahiran TVET Agromakanan.
- Menerima pendapatan hasil tuaian plot yang diusahakan.
- Meningkatkan keterjaminan makanan negara.
Turut telah mendapat kelulusan potongan cukai oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atas:
Projek Amanah Agrication Centre – (AGRICATION) selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No. Rujukan: MOF.700-3/1/1018(6).
Sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui akaun berikut: