Yayasan Amanah

Info Yayasan

Penubuhan

Yayasan Amanah didaftarkan dengan nama Yayasan Amanah (PPAB-33/2020) pada 23 September 2020 oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.

Lembaga Pemegang Amanah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Hons (Syariah) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kemudian menyambung pelajaran ke Peringkat Sarjana Sastera dalam bidang Pengajian Politik dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Siasah Syariah di Universiti Malaya (UM). Beliau telah berkhidmat selama 30 tahun sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sepanjang berkhidmat di UiTM, beliau pernah memegang Jawatan Profesor Madya, Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri dan Pengarah Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ). Jawatan terakhir beliau ialah Ahli Parlimen Tampin. Semasa menjadi Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kini, beliau masih menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Selangor (UNISEL) dan Penasihat Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil.

Beliau bergiat aktif dalam kerja-kerja kesukarelawanan (NGO) khususnya Persatuan Belia dan Kemasyarakatan. Beliau merupakan Penolong Pesuruhjaya (Kehormat) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Beliau ialah pencetus idea dan penggerak utama dalam penubuhan Yayasan Amanah bagi memberdaya golongan Belia Tercicir dengan membekalkan kemahiran. Sebagai Akademia, beliau banyak menyumbang kepakaran dalam penulisan ilmiah bidang Zakat dan Sains Politik Islam.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kemudian melanjutkan pengajian Sarjana Undang-Undang (LLM) dari London’s School of Economics and Political Science, United Kingdom. Beliau bertugas selama 26 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Profesor Madya di UiTM dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar UiTM Melaka. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka dan kini dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Beliau diiktiraf sebagai Peguam Bertauliah dari Mahkamah Tinggi Seremban pada 05hb Ogos 2021.

Beliau bergiat aktif dalam bidang kesukarelawanan bermula dari pengajian di universiti dan di peringkat masyarakat tempatan. Beliau banyak menyumbang penulisan ilmiah dalam bidang kepakaran Sistem Undang-Undang Malaysia dan Undang-Undang Perniagaan. 

Berkelulusan Diploma Engineering Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kemudian melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains (B.SC) di Polytechnic Sunderland. Beliau memegang Ijazah Sarjana Sains (M.SC) dari University of Manchester Institute Science Technology (UMIST) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari UMIST, United Kingdom. Beliau bertugas sebagai Pensyarah selama 30 di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi dan pernah dilantik sebagai Profesor di Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Sepanjang kerjaya di UTeM, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Jawatan terakhir beliau dalam perkhidmatan kerjaya sebagai Naib Canselor di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Beliau terlibat dengan banyak kerja-kerja kesukarelawanan seperti menganggotai pelbagai jawatankuasa akademik sama ada di peringkat Kebangsaan mahupun Antarabangsa, Profesor Pelawat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Beliau banyak menghasilkan penulisan dalam jurnal antarabangsa dalam bidang kepakaran yang beliau miliki iaitu Stress Analysis, Quasi-static and Dynamic loading, Impact Energy Absortion Plastictity Finite Element Analysis. 

Berkelulusan Diploma Kejuruteraan Jentera Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kemudian melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal dan Pengajian dan Ijazah Sarjana dalam bidang Real Estate dari Universiti Malaya (UM). Bekerja selama 3 tahun dalam industri kemudian membina kerjaya sendiri sebagai usahawan dengan menubuhkan syarikat binaan.

Beliau juga merupakan Pengasas kepada penubuhan Yayasan Amanah.

Dr Noor Azam bin Abd Aziz, berkelulusan Diploma Public Administration (DPA) Universiti Teknologi MARA (UiTM), kemudian melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Pentadbiran Perniagaan (BBA) Urbana University USA. Beliau memegang Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) Western Illinois University dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau bertugas sebagai Pensyarah selama 32 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Jawatan terakhir dalam perkhidmatan kerjaya sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Yayasan Negeri Sembilan.

Beliau terlibat dengan banyak gerakan dakwah dan kesukarelawanan khususnya dalam pembangunan belia. Beliau turut bergerak aktif dalam memberi khidmat nasihat dan latihan dalam Pendidikan Pasca Siswazah serta penulisan ilmiah berhubung kait dengan kepakaran beliau dalam pentadbiran perniagaan.

Icon SVG New

Wawasan

Wadah Pendidikan Sepanjang Hayat dalam usaha memberdaya belia remaja berkemahiran dan manusiawi ke arah Hidup Bersama dalam Budaya Damai

Icon SVG New

Visi

Menjadi sebuah Yayasan yang amanah, progresif dan peduli dalam membantu golongan belia remaja
Icon SVG New

Misi

Menyediakan keperluan dan perkhidmatan kepada belia remaja dalam membina kemahiran dan keusahawanan manusiawi

Objektif

Fungsi Penubuhan

Fungsi Penubuhan Yayasan Amanah akan dilaksanakan melalui aktiviti seperti berikut: