Yayasan Amanah
Ta’dib
Saban tahun, ramai dalam kalangan belia tercicir (lost generation) dari arus Perdana Pendidikan Negara. Antara faktor keciciran ialah kemiskinan, ketidakupayaan melanjutkan pelajaran akibat daripada tekanan kehidupan, keengganan mereka untuk belajar secara formal dan keputusan peperiksaan yang tidak memungkinkan mereka dapat melanjutkan pelajaran.
Banyak peluang yang disediakan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan namun peluang itu tidak digarap dengan semaksima oleh golongan belia kerana tidak tahu atau tiada motivasi. Negara berhadapan dengan generasi yang tidak berminat untuk belajar secara formal namun terdapat dalam kalangan mereka berminat dengan kemahiran dan keusahawanan.
Peluang yang besar ini harus digarap dalam melahirkan tenaga mahir negara. TA’DIB yang bermaksud mendidik dengan teras-teras ilmu, amal dan ihsan (Karamah Insaniah) berpotensi memberdaya belia untuk maju ke hadapan dengan kemahiran TVET.
Objektif
- Membantu belia tercicir supaya tidak tertinggal dari arus Perdana Pendidikan Negara, dengan memberi pendidikan kemahiran (TVET) yang sesuai dengan mereka dalam pelbagai bidang.
- Menyediakan kursus latihan di Institusi Pendidikan TVET Kerajaan atau Swasta dengan kemahiran TVET atas hasrat “Satu Belia Satu Kemahiran”.
- Menjadi penggerak dalam memberdaya belia tercicir untuk turut terlibat dalam membangun Malaysia Madani yang lebih berdikari, berketrampilan dan mampan dalam pelbagai bidang.
Sasaran Penerima
Yayasan Amanah mensasarkan sumbangannya kepada para belia Warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 35 tahun.
Penerima TA’DIB diberi sumbangan secara (one-off) bagi mengikuti kursus pengajian dan latihan di Institusi TVET di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan swasta.
Hasil Jangkaan
TA’DIB menjangkakan boleh memberi manfaat kepada para pelajar dalam pembangunan dan pendidikan negara, antaranya;
- Memberdaya para belia dalam pembangunan diri dan berkecenderungan dalam bidang pendidikan kemahiran TVET.
- Meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam bidang bidang kerjaya TVET.
- Meningkatkan keupayaan golongan belia untuk keluar daripada jajaran pengangguran dan kemiskinan.
Yayasan Amanah telah mendapat kelulusan potongan cukai oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atas:
Tabung Pendidikan Pemberdayaan Belia – (TA’DIB) selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No. Rujukan: MOF.700-3/1/1018(9).
Sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui akaun berikut: